Aku dan kau adalah unsur, bukannya sebatian,
Di selama perkenalan kita
Telah banyak inferens yang kuperolehi
Daripada kajian yang telah dimalarkan
Namun kini engkau telah mengubah keputusan
Memilih objek lain
Untuk melakukan persamaan tindakbalas
Dengan keadaan kelajuan yang pegun
Mencapai tenaga keupayaan
Kau mampu memperolehi bacaan yang seragam
Hadirnya fenomena baru dalam dirimu
Kau hidup bahagia bersama insan tersayang
Kini aku
Berada di atas ayunan bandul yang tiada pasti
Menanti tempoh yang begitu panjang
Samaada untuk meneruskan
Keabadian momentum yang sekian dulu kita kecapi
Daripada kenaikan suhu larutan hati ini
Telah berlakunya perubahan haba
Apabila pembakaran yang di bebaskan
Telah kau bakar dengan lengkap
Kiniku ketahui
Engkau tidak bersamanya lagi
Kerana perubahan warna larutan yang kau malarkan
Tidak mencapai kepekatannya
Daripada pemesongan jarum ammeter elektrolisis
Aku berharap engkau dapat membuat andaian
Dan menghitung segala kesimpulan
Keatas tindakbalas yang kau lakukan
Aku kini
Membuat keputusan
Menyimpan isipadu cecair hatiku
Ke dalam tabung uji
Untuk kubuat pemboleh ubah yang dimanipulasikan
Dan ku akhiri dengan penguraian kasih kita
-@ gie @-
9 November 2004 /12.33-1.15pm